Monday 26 March 2012

hi blog..

tadi baru je jumpa kawan2 time form 5 last year..ha3 rindu sangat2 kat diorang ye lah mana tak nye dah bersama since form 2..kyna ialah salah satu friend aku yang mmg suke buat org gelak..ade je benda nak buat org gelak..dari nota komsas tajuk dato onn pun bolehnye di jadikan bahan gelak..imiganasi menggunung sangat..

Thursday 22 March 2012

gambar after result spm at smk datok lokman

dari kiri: najwa(aku), ifa. sea ni..
ni lah gambar aku posing kat koperasi skolah after dpt result spm..ha3 sbg kenangan..yang last skali belah kanan tu best friend cina aku..setiap kaum kat malaysia ni aku ade best friend even indian pun ade..ceh satu malaysia konon..yang sea ni tu die ckg tak berberbayar yang tolong aq tuk dapat A's for math..ha3 die mmg sabar ajar aku yang lembap nak kira2 ni..aku pun tak tau nape mmg dari kecik masalah aku adalah math..so tiap2 petang sementara tggu bas nak balik aq mst jumpa die tny segala mcm latihan math yang aku tak paham,,aq ni lain sikit hny org pro yang dapat handle aq..mana tak nye, setiap soalan yang aku tny mesti ade " kenapa macam ni kena kira?" "ini tak logiklah" perkataan tak logik mmg jadi ayat famous time math..aq akan tny org tu sampai aku rasa soalan math tu betul2 logik dek fikiran akal aku, kalau tak aq takkan penah faham soaln math tu n aku jgk takkan penah berhenti tny..tak de sorang kwn melayu aku yg leh handle kefahaman logik aq yang sesat tu....mmg sape yg ajar aq ni kena perah kemahiran psikolgi diorg tuk menterbalikkan otak aq ni agar faham n kena sabar layan pertanyaan aq....n org tu hny sorang je iaitu TAN SEA NI budak cina tu..buat pengetahuan korang sume die dapat 10 A's tau straight A lah kira nye..berkat cara die mengajar akhirnye aq yang selalu dapat D n C dalam math moden akhirnye mendapat A-. tapi syg nye die tak leh ajr aq add math sbb aq ade tuition subjek lain petang2..ha3 thts the end ..

result spm

ha3 semalam baru je dapat result spm..hmmm kira okeylah result aq ni dapat 5A je yang lain2 tak yah sebutlah segan nak cakap...semua subjek sains tak ok..buat malu je g enter clss sains...rase sedih sikit sbb add math tu aku dah janji ngan satu cikgu ni tuk dapat yang terbaik..di sebabkan cikgu nilah aku rasa bersalah gila sekarang ni..cuba bayangkan dia bagi aq kelas free 2 bulan tuk form 5 n form 4 semata-mata tuk tolong aku..cikgu kat pusat tuition martin memang best...especially cikgu add math ni lah..dia tolong aku sebab selama dua tahun ni aku asik fail je add math..lagi satu aku mmg tak amik klas add math kat mana tution sbb aku tak nak bazirkan duit parents aku..alaaah aku mmg tak minat add math even aku kat dalam klas tak nah siapkan kerja add math..lepas masuk je klas die selama dua bulan sebelum spm, akhirnya aq lulus lah spm dengan gred tuttut..aq bangga ar gak sebab tak penah lulus selama 2 tahun tiba2 lulus...tapi still rase bersalah sbb cikgu tu nak aq dapat at least c+..so korang mesti leh agk add math aq dapat bpe kan???
sekarang ni diri aku di hantui perasaan "bersalah" kat cikgu tu..disebabkan aku tak dapat nak kota kan janji aku, aku akan buat yang terbaik untuk exam bi intermediate yang akan datang( aq mmg minat bi gila2 so tgh amik extra course lah time tggu surat universiti ni)..skrg ni aq jadikan cikgu ni inspirasi dalam hidup aku sbb kebaikan yang die bg kat aku tu memang tak terbalas..after aq tamat pengajian aku lagi 6 or 7 tahun insyallah dengan izin allah aq akn cari die.tak kira macam mana aq mst kena cari die
.

Monday 30 January 2012

SPM-kata-kata hikmah untuk di masukkan di dalam karangan

sebenarnye tips untuk dapat markah karangan bahasa melayu yang hebat, kita mesti masukkan banyak peribahasa atau simpulan bahasa..masa saya dulu spm 2011..cikgu2 sekolah bagi tips macam tulah..kira peribahasa ni mcam garam dan gula untuk menambah perisa...kalau nak lebih bagus masukkan hadis atau perumpaan.
biasanye, budak dari kelantan terengganu karangan diorang hebat2 sebab ada peribahasa, kata2 hikmat plus hadis...jangan risau! bukan kena hafal hadis al-quran tu just yang simple je.

isu remaja

1. hadis nabi ada menyebut bahawa,anak-anak diibaratkan sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkanya, sama ada menjadi nasrani atau majusi.(peranan ibu bapa)
2.peliharalah anak-anak mu dan perbaikilah budi pekerti mereka. sesungguhnya anak-anak itu hadiah allah kepada mu.
3. janganlah diabaikan pesanan ahli filsuf Tao iaitu jika kita mahu hidup setahun tanamlah gandum, jika kita mahu hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia. sekiranya, masa depan remaja tidak dipelihara, negara akan kehilangan mutira yang paling berharga untuk mengganti pucuk pimpinan negara.

Amalan Gaya Sihat

1.berdasarkan petikan hadis berbunyi, "jagalah masa sihat kamu sebelum dirimu sakit". jelaslah disini bahawa kesihatan merupakan aset yang paling bernilai dalam kehidupan manusia.


Perpaduan

1.pada 31 oktober 2006, dilaporkan bahawa mantan timbalan perdana menteri Britain, John Prescott menyatakan keinginan Britain untuk mempelajari pengalaman Malaysia mengekalkan perpaduan dan amalan tolak ansur dalam hal agama.
2.integerasi kaum dan asimilasi budaya hanya dapat dicapai seandainya usaha memupuk perpaduan kaum dapat di mulakan sejak di bangku sekolah menengah.
3.perayaan-perayaan di malaysia telah membuka dimensi baru dalam mengubah corak integrasi nasional di negara ini.
4.peribahasa barat ada mengatakan jika kesemua labah-labah bersatu pasti singa sekalipun dapat di tewaskan. 
5. bersatu teguh bercerai roboh.


Jenayah 

1.menurut sejarah dunia, empayar rom jatuh disebabkan banyaknya kes pembunuhan, kes rogol, dan keruntuhan akhlak.
2.hai orang-orang yang beriman , janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh kamu membuat pekara keji dan jahat.


Berakhlak

1.daripada aisyah r.ha, rasulullah bersabda "sesungguhnya allah menyukai sikap berlemah lembut dalam semua perkara.
2.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "muliakanlah anak-anak kamu dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.


Kasih Sayang

1. daripada Abu Musa Al Asyari, rasulullah bersabda yang bermaksud "kaitan antara seorang yang beriman dengan yanhg lainnya ialah umpama sebuah binaan yang menguatkan antara satu sama lain.
2. kasih sayang tidak dapat di beli dengan harta ataupun wang ringgit.






Thursday 26 January 2012

terkilan

semalam nenek meliza meninggal dunia. terkejut aku.sekarang ni orang meninggal dunia selalu secara tiba2..takot rasanya.al fatihah aku sedekah kan kepada nenek ni..semoga rohnya di cucuri rahmat.aku rasa sedih sikit sebab kadang2 aku terbayang macam manalah kalau nenek aku yang meninggal??

blog baru

terpaksa kena buat blog baru sebab yang lama punye ada masalah. kesian kan?? tapi tak pelah bukan ada sape suka baca blog aq.so tak heran lah.ada bolg lame atau baru sama je