Monday 30 January 2012

SPM-kata-kata hikmah untuk di masukkan di dalam karangan

sebenarnye tips untuk dapat markah karangan bahasa melayu yang hebat, kita mesti masukkan banyak peribahasa atau simpulan bahasa..masa saya dulu spm 2011..cikgu2 sekolah bagi tips macam tulah..kira peribahasa ni mcam garam dan gula untuk menambah perisa...kalau nak lebih bagus masukkan hadis atau perumpaan.
biasanye, budak dari kelantan terengganu karangan diorang hebat2 sebab ada peribahasa, kata2 hikmat plus hadis...jangan risau! bukan kena hafal hadis al-quran tu just yang simple je.

isu remaja

1. hadis nabi ada menyebut bahawa,anak-anak diibaratkan sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkanya, sama ada menjadi nasrani atau majusi.(peranan ibu bapa)
2.peliharalah anak-anak mu dan perbaikilah budi pekerti mereka. sesungguhnya anak-anak itu hadiah allah kepada mu.
3. janganlah diabaikan pesanan ahli filsuf Tao iaitu jika kita mahu hidup setahun tanamlah gandum, jika kita mahu hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia. sekiranya, masa depan remaja tidak dipelihara, negara akan kehilangan mutira yang paling berharga untuk mengganti pucuk pimpinan negara.

Amalan Gaya Sihat

1.berdasarkan petikan hadis berbunyi, "jagalah masa sihat kamu sebelum dirimu sakit". jelaslah disini bahawa kesihatan merupakan aset yang paling bernilai dalam kehidupan manusia.


Perpaduan

1.pada 31 oktober 2006, dilaporkan bahawa mantan timbalan perdana menteri Britain, John Prescott menyatakan keinginan Britain untuk mempelajari pengalaman Malaysia mengekalkan perpaduan dan amalan tolak ansur dalam hal agama.
2.integerasi kaum dan asimilasi budaya hanya dapat dicapai seandainya usaha memupuk perpaduan kaum dapat di mulakan sejak di bangku sekolah menengah.
3.perayaan-perayaan di malaysia telah membuka dimensi baru dalam mengubah corak integrasi nasional di negara ini.
4.peribahasa barat ada mengatakan jika kesemua labah-labah bersatu pasti singa sekalipun dapat di tewaskan. 
5. bersatu teguh bercerai roboh.


Jenayah 

1.menurut sejarah dunia, empayar rom jatuh disebabkan banyaknya kes pembunuhan, kes rogol, dan keruntuhan akhlak.
2.hai orang-orang yang beriman , janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh kamu membuat pekara keji dan jahat.


Berakhlak

1.daripada aisyah r.ha, rasulullah bersabda "sesungguhnya allah menyukai sikap berlemah lembut dalam semua perkara.
2.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "muliakanlah anak-anak kamu dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.


Kasih Sayang

1. daripada Abu Musa Al Asyari, rasulullah bersabda yang bermaksud "kaitan antara seorang yang beriman dengan yanhg lainnya ialah umpama sebuah binaan yang menguatkan antara satu sama lain.
2. kasih sayang tidak dapat di beli dengan harta ataupun wang ringgit.






Thursday 26 January 2012

terkilan

semalam nenek meliza meninggal dunia. terkejut aku.sekarang ni orang meninggal dunia selalu secara tiba2..takot rasanya.al fatihah aku sedekah kan kepada nenek ni..semoga rohnya di cucuri rahmat.aku rasa sedih sikit sebab kadang2 aku terbayang macam manalah kalau nenek aku yang meninggal??

blog baru

terpaksa kena buat blog baru sebab yang lama punye ada masalah. kesian kan?? tapi tak pelah bukan ada sape suka baca blog aq.so tak heran lah.ada bolg lame atau baru sama je